11 Oktober 2012 - 20:30

Turki menyerang negara yang menjadi duri di mata Israel

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Kazim Seddeqi hari ini dalam khutbah Jumaatnya berkata, " Dengan pelan Barat dan Nato, Turki menyerang sebuah negara Islam yang anti Israel; malang sekali, Turki menyerang negara yang menjadi duri di mata Israel."Seddiqi menambah, "Turki merupakan sebuah negara Islam, ia tidak sepatutnya melaksanakan arahan Nato dalam menyerang negara Islam, seharusnya ia membantu memperbaiki Syria, ia hendaklah memujuk mereka sehingga ketekalan rakyat dapat diwujudkan."Mengenai protes rakyat Turki terhadap kerajaan mereka, beliau berkata, "Ini bukanlah gerakan Turki, kami anggap ini adalah tindakan Barat ke atas negara-negara Islam; sebagaimana yang rakyat Turki menentang pergerakan ini, kami harap pihak yang bertanggungjawab menghentikan pembunuhan."Imam Jumaat Tehran turut menyentuh protes rakyat Bahrain ke atas regim Al Khalifah dengan mengatakan, "Meskipun pihak berkuasa meneruskan langkah-langkah kekerasan di Bahrain, namun demonstrasi rakyat tetap diteruskan dan ini menunjukkan bahawa regim yang bergantung dengan kuasa asing ini tidak mepunyai tempat di dalam negaranya."